rant 101- Smell ring bells
" Smell Ring Bells "~ phrase ni sebenarnya merujuk kepada beberapa kajian saintifik yang menyatakan emosi kompleks dan memori manusia boleh dirangsang hanya dengan stimulus bau.
In a simple word, bau yang dikesan oleh deria boleh mempengaruhi emosi dan memori seseorang.
Basically aku bukanlah orang yang jenis cerewet tentang wangian.Cukup sekadar tak terlalu menyengat.Sebab bila menyengat,sakit kepala woo..Logiknya sebab olfactory bulb that process the smell can trigger the stimulation of the nerve system associated with head pain..
MISI MENCARI PERFUME BARU BERMULA!
Jadi aku decide untuk cari wangian sesuai untuk dipakai waktu aktiviti outdoor~konon...Kriterianya mestilah tak menyengat hidung mahupun poket.Kahkahh..
Tips kalau nak pilih perfume ni banyak,antaranya:
1) Tahu kategori bau yang disukai.
Contohnya;woody,floral,fruity,spicy or citrus smell.
2) Beli sample size dulu,jangan beli yang besar gedabak terus.
Adakalanya,bila dah 4 kali sembur,baru kau sedar yang perfume tu tak ngam dengan citarasa kau.
3) Tak digalakkan cuba 3 scent sekaligus dalam satu satu masa.
Deria bau kita tak sama ye dengan deria bau anjing pengesan unit forensik😝.Don't overload your olfactory sense.
4) Ambil masa anda.
The beauty of every perfume terletak pada 'notes' yang digunakan.Macam lagu ada musical notes yang menjadikan irama,sama lah macam perfume.Ada fragrance notes yang diperlukan untuk mencipta ideal perfume.Ada 3 notes which is top,middle(heart) and base.Ketiga tiga notes ni evaporate at different stage.Jadi apa yang mula mula kita bau bukan bau yang kita kehendaki.Ringkasnya,top notes ialah bau yang pertama,diikuti dengan middle notes yang menjadi core wangian manakala base notes yang menjadi bau long lasting perfume tersebut.Base note ni kita dapat bau dalam 15 minit (purata) selepas disembur.Tunggu lah kat kedai tu 15 minit kalau nak bau base notes dulu sebelum beli perfume😂
5) Pilih mengikut citarasa sendiri
Bagus bila pilih perfume ada orang willingly give their feedback and share their opinion.Tapi harus diingat,citarasa manusia berbeza.Bau yang mereka suka tak semestinya kau suka and vice versa.
Kesimpulannya,proses memilih signature scent ni bergantung pada setiap individu.Cuma kalau boleh, janganlah kita timbulkan rasa tak selesa orang lain pula dengan wangian yang kita pakai okay?💋
Nantikan next entri aku perfume jenis apa pulak yang aku jumpa.*acah retis*
Salam sniff sniff from me.Bye.


Comments
Post a Comment